Saturday, December 31, 2011

Detik Kelahiran

17 Disember 2011 - Hari tu aku pergi majlis persandingan housemate aku waktu belajar dulu. Memang aku berpesan kat baby tolonglar jangan keluar lagi coz aku nak pergi majlis member aku tu. Dier kahwen sekali je kot. Masa kat majlis tu, aku macam biasa je takde pun tanda-tanda nak bersalin. Alhamdulillah aku dapat pergi dan pulang dengan selamat.

Malamnya plak aku dan En.Hubby plan nak bawak mak and bapaknya pergi makan kat tanjung harapan. Tapi bapak tak larat nak pergi and aku pun terasa penat so kitorang decide stay je kat rumah ampang. Esok pagi-pagi baru gerak balik Wangsa Maju.

18 Disember 2011 - Pukul 4 pagi, aku ade terbangun untuk pergi buang air kecil. Waktu ni aku dah nampak sedikit lendir kat panties tapi aku ingat tu biasa je and terus sambung tido semula. Pukul 6.45 pagi aku terjaga untuk solat dan nak bersiap balik ke Wangsa Maju. Kalini aku ternampak setompok darah pula. Aku terus maklumkan pada En.Hubby. Waktu tu kitorang tak panik pun coz mertua kata itu tanda awal bukaan jalan.

Aku pun bersiap ingatkan En.Hubby nak hantar pergi hospital. Rupenya dier ajak pergi breakfast dulu. Awal lagi kot nak ke hospital lagipun aku belum ade rasa sakit lagi. Lepas dah breakfast, kitorang siap jalan-jalan lagi kat Taman Tasik Permaisuri kononnye nak mudahkan aku bersalin. Berjaya jugaklar kitorang jalan kaki satu pusingan taman tu sambil sembang-sembang untuk hilangkan rasa takut aku.

Aku pun konon-konon cool je padahal dalam hati punyalar takut. Sebelum ni aku duk pikir cemanalar baby boley lahir, muat ke nak keluar, mendengar cerita orang lagi buat aku takut sakitnya cemane kan??Tapi bila dah sampai masa nak lahirkan memang tak boley larilar. Hehehe.

Lepas dah penat berjalan, kitorang boleh terpikir nak minum air kelapa TAPI yang dekat Taman Sri Rampai. Tempat yang memang kitorang selalu belilar kan. Terus kesana dan sempat menyinggah rumah mak aku kat Wangsa Maju. Kebetulan mak aku masak nasi ayam dan tu memang makanan terakhir aku untuk haritu.

Aku masih tak rasa sakit dan En.Hubby decide tuk rest kat rumah dulu dan petang baru kitorang gerak ke hospital. Aku pun sempat baring-baring tapi tak boleh nak lelap mata ni. Perasaan takut dan risau tu toksah cakaplar. Hehehe. Memang cuak kebebehlar. Huh!!!

Lebih kurang 530 petang camtu, kitorang gerak ke Hospital Ampanng. Jalan pun tak jam so lebih kurang 15minit sampailar kat hospital tu. Aku masih boleh berjalan dan terus menuju ke Wad Bersalin. Makin berdebar pulak hati ni tapi aku kuatkan semangat dengan mengatakan pada diri sendiri 'Eh!ko ni. Dah nak jadi mak mane boleh takut-takut. Macam mane ko nak jage anak ko nanti.' Gulp!!!En.Hubby pergi mendaftar kemasukan aku ke wad.

Dalam 6.15 petang camtu, Seorang doktor lelaki mula memeriksa aku. Lupa pula nak ingat nama doktor tu. Hehehe. Mula-mula, doktor tengok pregnant history aku dalam buku pink tu. So far takde ape-ape komplikasi dan ape-ape penyakit yang memudaratkan. Doktor tu puji aku coz every month aku scan baby. Then dorang buat CTG untuk tengok keadaan baby aku.

Lame jugaklar dorang buat CTG tu sebab ade masa yang baby tu sleep dan ade masanya benda alah tu tak terletak elok kat perut aku. Hehehe. Aku yang salah coz duduk tak diam cari selesa. Lepas buat CTG, doktor tu minta kebenaran nak seluk. Arghhh!!Part ni pun aku ngeri gak lepas bace experience dari blogger lain. Cemanelar sakitnya ak? Ade yang aku bace sampai nak sepak muka nurse & doktor tu katenya.

Doktor tu suruh aku tarik nafas dalam-dalam dan dier mula menyeluk. Alhamdulillah sangat aku tak rasa sakit pun. Sikit tu adelar kan tapi aku masih boleh tahan. Setelah mengukur bukaan laluan tu, dia tanya kat aku awak takde rasa sakit ke? Aku katelar rasa tapi takdelar kuat sangat. "Awak tau tak awak dah bukak 3cm dan hampir 4cm". Deng!!

Sebenarnya kalau 4cm dah boleh dihantar ke labour room. Tapi doktor decide tuk hantar aku ke wad sementara untuk menunggu bukaan laluan. En.Hubby aku suh balik rumah dulu untuk mandi dan makan. Dier pun kena bersedia kejap lagi tuk temankan aku.

Erm aku continue nantilar eh? Memang panjang entry kali ini dan kena amek masa untuk siapkan. Huhuhu.





Friday, October 7, 2011

Minggu 28

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis.

Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Friday, September 30, 2011

Minggu 27

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Friday, September 16, 2011

Minggu 25&26

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Friday, September 9, 2011

Minggu 24

Pada minggu ke-24 pula, ibu akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Friday, September 2, 2011

Minggu 23

Kini bayi di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Friday, August 26, 2011

Minggu 22

Di minggu 22 ini, struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Para ibu sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini ibu sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Friday, August 19, 2011

Minggu 21

Pada minggu ini, ibu akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Ibu perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Friday, August 12, 2011

20 Minggu

Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.


Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Thursday, August 11, 2011

Sudah Setengah Tahun

 

                                                         
Alhamdulillah hari ni genap 6 bulan usia perkahwinan aku and En.Hubby. Aku bersyukur sangat dikurniakan seorang lelaki yang memahami, menyayangi dan ringan tulang dalam membantu aku. Sebenarnya memang jauh lagi perjalanan yang kitorang kena tempuh dan aku sangat-sangat berharap agar kitorang akan tetap bersama dalam menghadapi segala rintangan yang mendatang dengan izinNya.


Aku juga bersyukur dengan kurniaan yang tak terhingga dalam perut aku ni. Hampir 5 bulan aku mengusung baby ni, semoga aku diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Amin. Perasaan bahagia yang tak dapat aku gambarkan. Semoga baby selamat dilahirkan, diberi kesihatan yang baik dan sempurna sifatnya. Amin . . .


Love you soOooo much En.Hubby . . .