Di minggu 22 ini, struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Para ibu sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini ibu sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.
Friday, August 26, 2011
Friday, August 19, 2011
Minggu 21
Pada minggu ini, ibu akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Ibu perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.
Friday, August 12, 2011
20 Minggu
Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.
Thursday, August 11, 2011
Sudah Setengah Tahun
Alhamdulillah hari ni genap 6 bulan usia perkahwinan aku and En.Hubby. Aku bersyukur sangat dikurniakan seorang lelaki yang memahami, menyayangi dan ringan tulang dalam membantu aku. Sebenarnya memang jauh lagi perjalanan yang kitorang kena tempuh dan aku sangat-sangat berharap agar kitorang akan tetap bersama dalam menghadapi segala rintangan yang mendatang dengan izinNya.
Aku juga bersyukur dengan kurniaan yang tak terhingga dalam perut aku ni. Hampir 5 bulan aku mengusung baby ni, semoga aku diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Amin. Perasaan bahagia yang tak dapat aku gambarkan. Semoga baby selamat dilahirkan, diberi kesihatan yang baik dan sempurna sifatnya. Amin . . .
Love you soOooo much En.Hubby . . .
Subscribe to:
Posts (Atom)